Saturday, February 28, 2009
*KeLiRu*
Antara sifat aku yang harus dibuang..
Tapi, bila sifat itu sudah sebati dalam diri..
Rasa seperti sukar untuk aku hilangkan..
hm..abaikan la..
Sebenarnya, sifat seperti itu masih boleh digunakan..
Cuma bergantung kepada keadaan..
Bila ada seorang hamba Allah nie nak bantu aku dalam hidup aku..
Nak bantu aku menjadi seperti yang dia inginkan..
Dan seperti insan-insan lain inginkan..
Untuk mendapatkan kebahagiaan..
Kadang2 aku rasa tak bersedia lagi..
Walaupun, aku benar-benar faham keikhlasannya..
Dia banyak didik aku..
Mungkin pengalaman mematangkan aku..
Buat masa nie, aku berserah pada Nya..
Biar masa yang menentukan..
Sekarang,aku rasa bahagia dengan hidup aku.. =)
*phie xia*
Friday, February 27, 2009
*OrG YaNg MeNcInTAi KaMu*
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selalmat pagi’,’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
[Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya!]
Sunday, February 22, 2009
Friday, February 20, 2009
*RAHSIA WANITA*
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
Sunday, February 15, 2009
Saturday, February 14, 2009
*FALSAFAH KEHIDUPAN*
orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang
yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan
berjaya.
Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut
diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada
tidak bercakap langsung.
Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat
tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan.
Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang
berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang
lain berbeza pendapat dengan kita.
Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang
berhati kecil mudah berasa marah.
Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah
orang yang tidak dianggap merdeka.
Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang
putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak
akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah
dalam kesederhanaan.
Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak
bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas
suatu jangkamasa berlalu.
Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa.
Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar
biasa.
Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun,
tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000
tahun.
Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat
apa sahaja yang anda suka.
Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan
akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang
mempergunakan kita.
Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan
fikiran kamu sendiri.
Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang
lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang
lain secara sukarela.
Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan
bukannya di tangan orang lain.
Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita
sendiri.
Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau
atau marah kerana kesilapan orang lain.
Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang
lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang
kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik,
badan lakukan perkara baik.
Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang
telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan
mendengar.
Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang
lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada
diri anda sendiri.
Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang
ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya
orang yang sangat pandai.
Hadiah yang paling berharga buat teman ialah
bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara
yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap
mereka.
Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui
adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah
yang kita tujui.
Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang
lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang
memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana
musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda
buat tanpa disedari.
Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang
dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran
negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang
baik.
Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima
udara yang segar. Kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka
hidup adalah satu hukuman baginya.
Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat
diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling
mudah.
Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk,
manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa
merendahkan diri.
Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan
dengan orang lain.
Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian,
tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.
Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan
kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada
awan yang gelap.
Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi
sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi
sesaat.
Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak
harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang
dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.
Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta
tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup
dengan apa yang dimiliki.
Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai
keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain
adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah
mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat
berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan
bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa
menghormati orang lain.
*sEnYuM*
SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM.
SENYUM harus ada ketululusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja
dengan kening yang berkerut.
Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15
otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian
muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot.
Bayangkanlah!!!
"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.
Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia
akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa
kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia
akan membalas SENYUMan anda itu.
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ Willian
Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat
diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.
Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya
NiLaI KeBaHaGiaAn
Namun begitu, tidak semestinya wang ringgit, pangkat besar, isteri cantik atau suami kacak, atau harta boleh membahagiakan seseorang.
Sesungguhnya, sebahagian tanda hidup bahagia insan Allah ada dalam keadaan berikut:
- Menjauhkan diri daripada sesuatu yang haram atau bersubahat dengannya.
- Bersahabat dengan orang baik dan soleh.
- Belas kasihan dan memberi manfaat kepada makhluk Allah yang lain.
- Merendah diri dan tidak takbur dengan harta dan kedudukan.
- Bersifat dermawan dan mulia.
- Sedikit bercakap mengenai sesuatu yang tidak perlu.
- Sentiasa kuat kemahuan untuk beribadat seperti mendirikan solat dan membaca al-Quran.
- Senang mengingati urusan akhirat dan selalu mengingatkan mati.
Sebahagian tanda bagi orang yang hidup dan hatinya sengsara adalah seperti berikut:
- Kemahuannya kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia.
- Rakus dengan harta benda dan menyombong diri.
- Suka bercakap kotor dan memburuk-burukkan orang lain.
- Berperangai buruk dan suka berkawan dengan orang yang derhaka kepadaAllah.
- Memandang ringan solat lima waktu.
- Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
- Keberatan memberi pertolongan kepada orang lain.
- Melupakan dosa yang lalu.
- Membandingkan dengan orang di atasnya berhubung urusan dunia.
- Membandingkan orang di bawahnya berhubung urusan akhirat.
- Mengungkit kembali kebaikannya lalu, sedangkan dia tidak tahu sama ada amalannya diterima atau tidak.
Friday, February 13, 2009
KiSaH TeNtAnG KeHidUpaN
Alkisah di suatu desa di tepi hutan tinggal seorang datuk dengan cucu tunggalnya. Mereka hidup dengan mengembala kambing.
Suatu hari seperti biasa cucuya membawa kambing2 tersebut ke kawasan rumput yang berdekatan. kerana keletihan, dia tertidur di bawah sebatang pohon yang rimbun. ketika terjaga, dia terkejut kerana mendapati kambing2nya tiada di kawasan lapangan tersebut. Dia mencari-cari kambing2 tersebut, tetapi berakhir dengan sia-sia. Akhirnya, dengan langkah longlai, dia pulang ke rumah.
Berita kehilangan kambing peliharaan datuk tua itu telah menggemparkan desa kecil tersebut. Para tetangga segera berkongsi duka di atas kemalangan yang menimpa keluarga datuk tersebut.. Seorang tetangga sambil menenangkan datuk tua itu berkata, “Sungguh malang nasibmu, Pak Tua. Semua kambingmu telah tiada. Sia-sia jerih payahmu selama ini. Sungguh malang nasibmu.”
Datuk tua terdiam sejenak, lalu menjawab, “Saya tidak berasa kehilangan, hal ini biasa saja. Semua ini adalah sebahagian dari kehidupan.”
Para tetangga bingung dengan tanggapan datuk tua itu, dan merasa kasihan kerana dia mungkin hanya sekadar menghiburkan diri. Lalu mereka semua meninggalkan keluarga datuk tua itu untuk memberikan kesempatan kepadanya untuk menenangkan diri.
Beberapa hari berlalu. Pada suatu pagi, berlaku sesuatu yang menggemparkan. Ternyata kambing2 datuk tua itu kembali ke kandangnya. Dan bersama dengan kambing2 tersebut, terdapat pula segerombolan kambing liar dari hutan. Dalam sekejap mata, datuk tua itu memiliki banyak kambing.
Berita itu kembali menggemparkan seisi desa. Para tetangga datang memberikan ucap selamat atas keberuntungan ini. Semua penduduk memuji bahawa nasib keluarga tersebut telah berubah..“Sungguh beruntung nasibmu, Pak Tua. Sekarang kamu memiliki kambing yang paling banyak dan menjadi orang paling kaya di desa kita.” Datuk tua itu sekadar menggelengkan kepala sambil menjawab, “Saya merasa biasa-biasa saja. Ini hanya sekadar satu peristiwa dalam hidup saya. Semua ini sebahagian dari kehidupan.”
Para tetangga semakin bingung dengan sikap datuk tua yang agak aneh itu. Mereka menganggapnya orang yang tidak tahu bersyukur dalam hidup. Lalu mereka meninggalkan datuk tua tersebut.
Beberapa hari berlalu. Seperti biasa, cucu datuk tua akan mencari kayu bakar di hutan untuk keperluan memasak. Pagi-pagi putranya berangkat ke hutan, dan sesampainya di sana, dia mula menebang pokok untuk mengambil batang kayunya. oleh kerana kurang hati-hati, kapak yang dihayunkan ke batang pokok tersebut meleset dan terkena kaki kanannya. Kakinya mengalami pendarahan dan luka yang parah. Dia akhirnya diselamatkan oleh penduduk desa yang kebetulan lalu di situ.
Berita tentang kecelakaan cucu datuk tua itu kembali menggemparkan desa. Mereka beramai-ramai datang ke rumah datuk tua tersebut untuk menziarah cucunya. Mereka berasa kasihan dan berusaha menenangkan datuk tua itu kerana cucunya bakal menderita cacat seumur hidup. “Sungguh malang nasibmu, Pak Tua. Satu-satunya cucumu sekarang sudah cacat. Siapa lagi yang akan membantu dan menjagamu?” Datuk tua hanya diam membisu, dan merenung, lalu menjawab, “Bagi saya ini hal yang biasa. Demikianlah yang seharusnya terjadi. Semua ini hanya sebahagian dari kehidupan.”
Para tetangga semakin bingung dengan jawapan datuk tua. Kali ini mereka menganggap datuk tua itu bukan saja seorang yang aneh, tetapi mungkin sudah hampir gila. Lalu, tanpa banyak bicara, mereka meninggalkan datuk tua tersebut.
Beberapa hari berlalu.. Suatu hari desa itu didatangi dengan tentera kerajaan yang sedang mencari pemuda-pemuda sihat untuk ikutserta dalam berperang kerana kerajaan sedang diserang musuh. Semua pemuda yang sihat dari desa itu diambil secara paksa untuk mengikuti kewajiban dalam membela kerajaan. Oleh kerana cucu datuk tua itu cacat, maka dia tidak dibawa pergi bersama. Maka datuk tua itu tetap dapat hidup tenang di masa tuanya dengan ditemani oleh cucu tunggalnya.
Cerita di atas memberikan inspirasi kepada kita tentang hakikat kehidupan. Jika anda pernah mendengar atau membaca kisah ini, biarlah cerita ini mengingatkan anda kembali untuk menghayati hidup dengan cara yang baru.
Moral cerita di atas begitu sederhana. Hidup ini penuh dengan serangkaian peristiwa yang datang silih berganti. Ada yang kita sukai dan menyenangkan kita, ada yang tidak kita sukai dan menghantarkan penderitaan bagi kita. Begitulah kehidupan, dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa yang terkadang memberi keberuntungan, terkadang membawa kemalangan. Dan dengan cara demikianlah kita memberi label atas peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam hidup ini...
selain itu, apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, kita tidak perlulah terlalu bersedih hati. Tersenyumlah, mungkin ada hikmah disebaliknya.. Dan apabila kenikmatan mengetuk di pintu kehidupan kita, tidak perlulah merasa senang dan bahagia berlebihan.. Siapkanlah hati kita, kerana mungkin akan ada pula musibah yang sedang mengintai...
SeKaDaR rEnuNgAn
Petunjuk “melihat” gambar dibawah:
Kalau mata kita mengikuti gerakan putaran bulatan warna pink, hanya akan terlihat satu warna, pink. Kalau pandangan mata ke tanda “+” hitam di tengah, makan bulatan yang berputar berubah warnanya ke hijau… Sekarang, konsentrasi ke tanda “+” hitam di tengah-tengah gambar. Dalam waktu yang singkat, pelahan-lahan bulatan pink akan menghilang, dan hanya akan terlihat satu bulatan hijau yang berputar.
Sangat mengagumkan cara otak kita bekerja. Sebenarnya tidak ada bulatan hijau, dan bulatan pink sebenarnya juga tidak menghilang. Rasanya cukup membuktikan bahwa kita tidak selalu melihat apa yang kita pikir kita melihatnya –> dengan kata lain, kita “melihat” bukan apa adanya, tapi “sebagaimana kita melihat” sesuatu…
Kadang kita merasa menghadapi suatu masalah yang “sangat sulit” atau “sangat berat” (baik di tempat kerja, di keluarga, di lingkungan masyarakat,mahupun masalah pribadi diri sendiri), bahkan kadang-kala terlintas di benak kita, kenapa begitu berat dugaan kita terima ? (padahal kalau kita menerima anugerah/hadiah/ kenikmatan yang demikian besar, kita tidak pernah mempertanyakan kenapa kita dikurniakan kenikmatan sebegitu..).
Berat - ringan, kecil - besar, masalah - bukan masalah, sedih-gembira, hukuman-pahala, derita/nestapa- bahagia... dsbg..bukankah hanya cara pandang kita tentang “sesuatu” ?
Perihal, peristiwa, kejadian tetap sama, namun sudut pandang serta pemahaman kita tentang sesuatu sahaja yang berbeza. Secara tidak langsung hasinya juga akan mempengaruhi apa yang kita fikirkan. Semua hanya ada di benak kita sendiri !
Otak kita lah yang membuatkannya berbeza ! Peristiwa mungkin sama, namun kalau kita memandangnya sebagai hal yang positif, bermanfaat, mengambil pelajaran disebaliknya, maka sudah tentu hasilnya akan positif juga.
Cara otak kita bekerja ternyata “melihat” sesuatu bukan berdasarkan apa adanya, tetapi sebagaimana kita melihatnya.
Sekedar renungan untuk kehidupan….