antara kayu dan emas kita sentiasa mengejar emas kayu? Ah! kering tak bernilai Biarkan saja di tepi rumah atau di celah longkang
Emas! Emas! Emas! Tiada siapa yang menolak kesenangan kemilau emas kemilau jualah senyumku tak mungkin berganti kedudukanmu
Kayu kau dilupakan Teringat zaman dulu kala Tika aku dibesarkan Sebutir nasi yang masuk hasil dari kekeringanmu membakar membakar, mendidih, dan menanak. Teringat ketika malam Engkau aku bakar Semua itu dulu Aku kini bukan dulu Aku tak perlu semua itu Mengenang kepayahan bukan caraku Bukankah gembira itu sentiasa menunggu?
a'ah, saje mengisi kekosongan masa, he... carilah makna untuk semuanya, kerana orang yang berfikir itu orang yang sentiasa berada dalam keadaan sedar =)
3 comments:
antara kayu dan emas
kita sentiasa mengejar emas
kayu? Ah! kering tak bernilai
Biarkan saja di tepi rumah
atau di celah longkang
Emas! Emas! Emas!
Tiada siapa yang menolak kesenangan
kemilau emas kemilau jualah senyumku
tak mungkin berganti kedudukanmu
Kayu kau dilupakan
Teringat zaman dulu kala
Tika aku dibesarkan
Sebutir nasi yang masuk
hasil dari kekeringanmu membakar
membakar, mendidih, dan menanak.
Teringat ketika malam
Engkau aku bakar
Semua itu dulu
Aku kini bukan dulu
Aku tak perlu semua itu
Mengenang kepayahan bukan caraku
Bukankah gembira itu sentiasa menunggu?
wah yus tulis eh sajak 2? =p
a'ah, saje mengisi kekosongan masa, he... carilah makna untuk semuanya, kerana orang yang berfikir itu orang yang sentiasa berada dalam keadaan sedar =)
Post a Comment