*KisAh MeReKa*


Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 17, 2010

JIKA ANDA MASIH DITAKUK LAMA

Dah berapa lama korang bekerja? 2thn? 5thn? 10thn??

Kalau masih berada di posisi yg sama dlm pejabat tu, dan masih belum muncul ‘keajaiban’ yg didambakn, bermakna selama ini korang dah abaikan perkara remeh yg sebenarnya boleh membuatkan korang dipromosikan untuk kenaikan pangkat!

Setiap individu pastinya ingin mengalami peningkatan dlm karier. Tapi sekiranya jawatan anda masih di takuk lama, pastinya memberikan tekanan kepada anda. So, saye ada la baca kat magazine tips untuk memperbaiki mutu kerja dan most important dpt membuka mata boss utk mencalonkan anda ke posisi yg didambakan selama ni!

DATANG AWAL
Pepatah ‘time is money’ mmg berlaku dlm dunia pekerjaan. Usahakanlah selalu tiba 15mnt lebih awal untuk ke pejabat. So, dgn cara tu anda akan ada byk masa utk memperbaiki penampilan sekaligus mempersiapkan pekerjaan pada hari tersebut. Rutin tersebut bukan shj mempamerkan sikap profesionalisme, bahkan menandakan anda menghargai rakan dan pihak atasan.

JAGA KESIHATAN
Memiliki tubuh sihat dan stamina kuat nyata dapat mendukung prestasi kerja. Kalau kerap sgt ambil mc dpt mengurangkan produktiviti kerja. Then mcmana boss nak promosikan anda kalau hasil kerja anda lebih sedikit compare dgn rakan kerja yg lain?

MEMENTINGKAN KEUTAMAAN
Biasakan diri mencatat semua tugas secara mendalam spya dpt disesuaikan dgn jaduan yg telah ditentukan. JGN BUAT KERJA LAST MINUTE! Berikan perhatian terhadap kerja yg diutamakan terlebih dahulu.

SEMANGAT
Tanpa disedari kerja yg dilakukan bakal memberikan hasil yg lebih baik sekiranya dilakuukan dgn bersemangat tinggi! Hasil kerja yg ‘setakat siap’ bakal memberi kesan negative kepada diri sendiri. So, sape yg rugi…

TENANG
Pekerja yg mampu mengendalikan diri di saat2 kritikal menjadi rebutan ramai majikan. Ketika sdg sibuk dgn beberapa beban kerja, anda tetap berusaha untuk bersikap tenang dan menahan emosi..boleh ke korang??

JAGA PENAMPILAN
Tidak dinafikan penampilan juga menjadi perkara penting dlm perkembangan karier. Cara berpakaian, kerapian hinggalan aspek kebersihan diri harus dititikberatkan. Bagi pekerja wanita, tak perlu bersolek scra keterlaluan, memadai jika anda nampak berketerampilan.

5 comments:

FyZa said...

wah great tips dear..=)

atiza-irmeahs ransom said...

thnks flow saye..dah fllow awk balik..
nice blog btw..:D

~diAnA~ said...

fyza & atiza ---> thnx dear..=)

Nazz@Purple said...

tip yg bagus..sekarang ni nazz rase memang tak semangat je nak keje..:(

~diAnA~ said...

thnx nazz..=)
lor..knp nie..
ok2..try follo tips yg diana kasi 2 k?
moga nazz kembali bersemangat! =D


Related Posts with Thumbnails