*KisAh MeReKa*


Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 27, 2010

ELAK BUDAYA KAMPUS DI TEMPAT KERJA


Moment menghadap buku n pc/laptop untuk menyiapkan assignment sudah menjadi lumrah ketika di university..tersenyum sendiri plak bila mengimbau kembali saat bergelar mahasiswi dulu..berada di university mmg seronok..peraturannya tidak seketat ketika berada di zaman persekolahan..dan kita bebas utk berekspresi..

Sampai 1 stage, selepas berjaya menggenggam segulung ijazah/diploma, tiba la saatnya utk masuk ke alam pekerjaan..alam yg menuntut kita agar bersikap lebih professional dgn komitmen & tanggungjawab yg lebih tinggi..so, kebiasaan yg telah kita lakukan semasa di kampus haruslah ditinggalkan sedikit demi sedikit..Buat mereka yg baru keluar dr kampus n baru menapak dlm alam pekerjaan, jom ikuti panduan penting ini :


1 MASA KURANG PRODUKTIF

Menunda atau ‘copy paste’ assignment yg related semmgnya antara perkara biasa yg berlaku di kampus. (tp saye tak ciplak hasil perahan idea org lain k..kalau ada pn, saye juz amik extract then masukkan kat ref)..so, jgn lanjutkan rasa malas anda ini di alam pekerjaan..try to be more creative..jgn terbiasa berbohong dgn myerahkan hasil kerja org lain! Anda mempunyai kewajipan utk melakukan pekerjaan yg telah dipertanggungjawabkan itu..

2 TIDAK TEPATI MASA

Masa di ‘u’ anda boleh je masuk class sesuka hati (tp ikut schedule la gak..) tp di pejabat, anda wajib dtg awal @ tepat pada waktunya..(coz kena scan card..) if anda tidak menepati masa, anda bakal dinilai sebagai tidak professional sekaligus melabelkan imej –ve pd diri sendiri!

3 TIDAK MENJAGA PENAMPILAN

Ketika kuliah, jeans,t-shirt, mungkin menjadi pilihan utk dress up. Namun dlm dunia pekerjaan, anda wajib berpakaian formal dan rapi (depends pada job gak tau). Aturan berpakaian juga dibuat utk menjaga imej syarikat. (so once uols dh kerja kat tmpt tu, jaga la gak imej empoyer anda k?)

4 ELAK BUDAYA ‘GENG’

Budaya ‘geng’ seakan sudah menjadi budaya wajib sejak zaman bangku sekolah lg..sampai la terbawa-bawa ke ‘u’ then kea lam pekerjaan..dlm dunia pekerjaan, anda diharapkan mempunyai rangkaian social yg lebih luas disamping dpt menyesuaikan diri dgn semua peringkat pekerja di pejabat..namun, tak salah mempunyai ‘geng’ kerana kesamaan hobi, asalkan tidak mengganggu tugas & mampu meningkatkan produktiviti kerja anda!

3 comments:

Faiz said...

nice...info yg bgus utk bekas pelajar yg akn ke alam pekerjaan..tp nk komen sikit la ye..pasal yg penampilan tu..rsenye itu kalau kita kerja di pejabat la kn..lain lah pulak kalau kita kerja kt industri ke..btul kn..=)

neway thanks..follow me..=)

~diAnA~ said...

credit kat faiz coz bg comment +ve =)
yup, betul 2..depends pada job gak..

AkU said...

point2 tu xleh ler..huhhu..asyik awal sgt msk opis..*pitam..


Related Posts with Thumbnails